Aku nak share serba sedikit proses makeover rumah aku nie dengan korang.. terus terang perjalanannya sangatlah lembab, maklumlah aku buat sendiri dengan dibantu isteri dan anak - anak sahaja. Juga, untuk tidak menggangu waktu pekerjaan, aku cuma buat pada hari minggu. Itupun kadang -kadang dapatlah dalam sejam dua.. memang terhad.
Kali ini aku nak share pasal proses mengecat dinding dirumah, macam dalam kes aku nie, kategori rumah lama, banyaklah cacat celanya. Berlainan kalau rumah baru cantik jela dindingnya tu kan.. boleh terus dicat sahaja.
Jadi, aku nak cuba kongsikan macam mana caranya nak cat semula diding tu supaya menjadi cantik dan kemas macam mula - mula korang masuk rumah sewaktu dapat kunci dulu.
Korang tengok nie, ini ialah hasil aku membuka shelves yang agak lama melekat pada dinding rumah. Siap nampak lagi warna putih cat asal sebab aku malas nak bukak kayu penahan shelves waktu tu.
Maka seperti yang korang nampak, ianya meninggalkan lubang yang agak dalam dan tak cantik. Tak bolehla nak terus cat macam tu. Jadi aku kena tutup dulu sebelum mengecat.
Jadi aku mulakan dengan beberapa tips aku aku gunakan ketika nak mengecat diding rumah nie.
1. Bersihkan diding secara keseluruhannya dengan kain basah.
Kalau korang nak cepat dan efektif, gunakan span yang ada pada alat mencuci tingkap macam yang ini.
Memang cepat dan bersih.. kalau rajin buat dua kali. Memang korang akan terkejut tengok betapa kotornya air yang keluar tu. Banyak jual nie kat hardware ataupun kedai barangan dari China tu.
Juga lupa bukak pelapik suis lampu dan SSO ( Soket Power ) supaya takde la tercat nanti. Lepas tu gunakan scrapper tu untuk kikis segala permukaan yang tak rata kat diding tu supaya ianya nampak licin.
2. Standby pelapik pada lantai untuk mengelakkan lantai menjadi kotor ketika mengecat.
Aku gunakan tikar lama anak - anak aku tu jea.. mudah sikit nak cuci nanti.. pasal cat air senang nak bersihkan kalau atas plastik. Lagi satu mudah nak tarik kesana sini, sebab kalau guna surat khabar mudah sangat beralih.
3. Tutup segala lubang dan retak pada dinding menggunakan wall filler.
Proses ini yang paling mengasyikkan.
Bukan sahaja lubang, retakan, kawasan yang tak rata semua kalau korang terperasan, cubalah betulkan.
Anak bujang aku yang bercita - cita nak jadi builder nie pun gigih membantu. Sampai terlalu tebal dia menampal. Bila jadi macam tu, gunakan balik scrapper tu yea.. kikis mana yang tak mahu.
4. Gunakan sandpaper untuk gosok kasi rata dan licin.
Sini ade tips sikit sebelum nak sandpaper bahagian yang di fillerkan tadi. Sekeliling tempat filler tu korang amik berus kecik ( masa ni aku 'pinjam' berus lukisan anak aku ) , basahkan berus tuh dan sapu sekelilling tempat antara filler dan dinding. Ini untuk dapatkan 'bond' yang baik antara dinding lama dengan permukaan filler tuh. Biarkan dinding tu kering dan seterusnya , boleh lah kita sandkan dinding.
Hasil kerja anak beranak, berjaya kami siapkan kesemua diding nie tak sampai 15 minit. Aku saja kira masa nak buat satu dinding.
5. Cat bahagian tengah dahulu menggunakan roller, dan kemudian barulah dibahagian tepi menggunakan berus cat.
Proses mengecat memang tak lama waktu gunakan roller tu, cuma nanti part touch up tepi dengan bahagian paling atas dinding tu ambil masa sikit. Tapi kalau ada yang membantu jadi tak lama sangat lah kan.
Maka, inilah hasilnya.
6. Cat dua kali untuk kekemasan maksimum.
Cat selapis memang tak akan cantik. Kena buat dua kali baru nampak gah.
7. Bersihkan lantai dengan menggunakan kain basah dan paint scrapper.
Selesai sahaja mengecat, jangan tunggu lama sangat untuk bersihkan lantai. Terus buat dan senang jea tertanggal kesemua kesan cat tu.
Kikis tak payah beria pun, terus tanggal kesemuanya bila dah dilalukan dengan kain basah.
8. Sudahkan dengan vacum atau sapu terus habuk - habuk tu.
Habuknya tu mudah sangat nak melekat kat kaki, jadi sebaiknya terus vacum ataupun sapu ataupun mop bila selesai.
Kalau ada pertanyaan, boleh jea komen dibawah atau emailkan aku di kemodenan@gmail.com. Semoga apa yang aku share ini boleh membantu korang untuk mengecat diding dirumah dengan baik tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengupah tukang cat.
- Fairuz
Kalau rumah saya cat dah menggelupas warna hijau tapi bahagian bawah je.... kalau nak cat warne krim kene cat warne putih balik tak
ReplyDeletetak perlu guna wall sealer ke kalo plaster dinding tu tercabut sama?
ReplyDeleteDinding rumah sy colour biru tp sy nk cat colour purple..jd perlu ke sy cat colour putih dahulu?
ReplyDeletecntik sekali rumahnya..nice deco...btw ...dah ade ke pakai penapis air /udara cuckoo?hihi..jika belum sudilah kiranya wsp sy utk bertanya sy agen kl..
ReplyDeleteORDER CUCKOO SEKARANG DAPAT FREE SEBULAN BAYARAN 🎁
FREE GIFT UNTUK 30 ORANG TERAWAL 🎁
LAST CALL‼‼‼
KING TOP RM69
KING TOP RM69
KING TOP RM69
Jom grab harga serendah RM2.30 sehari unlimited supply air mineral sebelum promosi tamat 30 June 2020 !! ya!! harga 69 tu akan takde dah nanti..🎁🎁🎁
Whatsapp link ni untuk order seawal 24 jam pemasangan
📱http://wasap.my/601116930576/Kingtop69
📱http://wasap.my/601116930576/Kingtop69
📱http://wasap.my/601116930576/Kingtop69
KELEBIHAN CUCKOO
❤️ Air jenis bermineral beralkali rendah ( badan perlukan mineral )
❤️ Tiada pembuangan air ( bil air rendah )
❤️ TANGKI STAINLESS STEEL ( tahan karat dan jimat eletrik)
❤️ Refill rate sangat pantas ( 1 liter -1 minit dan sejuk -panas 3 minit )
❤️ Bil elektrik rendah ( bawah RM10 sebulan )
❤️ Ada sijil halal ( diiktiraf jakim)
❤️ FREE external pipe untuk air bertapis disinki untuk basuhan beras sayur
✅ RM69 SAHAJA
✅ ZERO DEPOSIT
✅ TIADA CAS TERSEMBUNYI
✅ TIADA CAS LEWAT BAYAR
✅ SURI RUMAH /BLACKLIST /STUDENT LAYAK MEMOHON
✅ 6 TAHUN CUCKOO MEMELIHARA KING TOP ANDA
Jom order dengan saya SEGERA! FREEGIFT MENARIK MENANTI!!
Mcm mana nak cat klu dinding mcm lembab... Bila cat naik mcm warna air... Mcm man nak cat dinding yg tercabut plaster
ReplyDelete