Kini Trending

Idea Dapur Gaya Industri Untuk Flat, Apartment dan Kondo.



Rumah kami masih lagi dalam proses makeover, kawasan dry kitchen rumah aku ada yang nak diubah walaupun tak banyak, ada yang dicat semula, tambahkan shelves untuk ruang yang terlebih besar.

Ada satu kawasan yang aku jadikan ala hall of fame yang mana di letakkan frame gambar berlambak, Plan kami ialah di turunkan frame gambar tu termasuk kain yang aku jadikan background, kepada papan sahaja. Kesemua gambar tu masuk album-lah jawabnya.

Dalam mencari inspirasi untuk menghias, aku terjumpa kebanyakkan gambar ini dan nak aku kongsikan pada korang serba sedikit macam mana nak deko menggunakan tema gaya industri.

Tema yang simple, menjimatkan, yang penting korang ada elemen stainless steel, ataupun wayar yang exposed ataupun shelves daripada reclaimed woods yang macam aku ada jual di Instagram tu. 

Tema gaya industri ini buat kita tak malu segan pakai barang lama, malah kalau dicampur adunkan lagi cantik dari barangan yang dibelanjakan sampai beribu - ribu.

Untuk rumah yang saiznya benar - benar kecil memang akan buat rumah lebih luas dengan dinding putih dan hiasan hitam, kelabu dan kayu digabungkan. 

~ Fairuz














sumber // Pinterest


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages