Aku masih dalam proses makeover rumah supaya menepati hiasan yang sesuai untuk aku pamerkan hasil kerjaku nanti didalamnya. Tapi disebabkan kekangan kerja, aku hanya boleh membuat kerja pada hari minggu ataupu pada waktu malam, setakat nie kami baru mula makeover bilik tidur dan mengecat kesemua pintu - pintu dalam rumah.
Seronok jugak buat kerja macam nie, sebab dah hampir 8 tahun kami tinggal disini dan keadaan barang pun sudah nampak agak lusuh, jadi bila sudah dicat baru nampak baru semula. Puas hati.
Jadi dalam sibuk aku mencari idea bersama isteri, terjumpa video ini iaitu kalau korang nak hasilkan rak gaya industri jadi mudah dengan ilmu diy dari pereka hiasan dalaman Reiko Caron ini. Beliau hanya makeover rak yang kita boleh dapat di mana - mana supermarket kepada rak gaya industri.
Seriously cantik, aku memang suka idea nie. Kalau korang nak result macam tu, pastikan guna wood stain yang gelap, seliapjadi lebih elegan.
Kalau waktu beli tu warna biru pekat atau kuning, beli sahaja spray paint warna hitam atau kelabu untuk lebih cantik.
Kalau korang dah buat, jangan lupa kongsikan..
- Fairuz.
No comments:
Post a Comment