Kini Trending

Rumah Kontena Yang Tak Panas Membahang di Indonesia.


Sekarang nampak trend rumah kontena semakin hot di Malaysia, ini mungkin kerana hasil kreativiti seorang anak muda yang telah mencuba dan berjaya menghasilkan rumah kontena yang gempak yang telah dikongsikan oleh beliau di http://rumahkontena.com/.


Dalam pada itu ramai juga yang bertanya tentang masalah cuaca di Malaysia dan ada yang kata tidak sesuai dan sebagainya. Jadi sewaktu aku dok browsing, terjumpa rumah ini yang berada di Jakarta, Indonesia. Memandangkan cuacanya lebih kurang kita, mungkin ini boleh dijadikan inspirasi bagi yang ingin membuat rumah kontena dengan modal yang sedikit besar, ataupun mungkin dengan sedikit kreativiti kita boleh buat lebih baik dari ini.

Dibina oleh Firma Arkitek Atelier Riri kepada pelanggannya pasangan yang masih mempunyai anak kecil. Rumah ini berkonsepkan kehijauan untuk memberikan suasana yang kurang panas pada rumah kontena 3 bilik yang dibinanya. Rumah berkeluasan 1668sqft ini dibina dengan menggunakan pelbagai barangan kitar semula, besi mesh dan juga batu bata untuk menambahkan suhu sejuk kepada suasananya. Yang penting sekali ialah sistem pengudaraanya yang betul bagi membawa keluar bahang didalam rumah. Tujuan besi mesh itu diletakkan dibahagian atas ialah untuk mengalakkan pokok yang berlingkar untuk menutup keseluruhan bahagian atas nanti. Lebih menarik kerana susunan kontena itu membolehkan banyak natural light boleh masuk kedalam rumah ini dan seterusnya memberi cahaya yang cukup untuk kegunaan disiang hari, seterusnya menjimatkan tenaga elektrik. 

Semoga ini dapat memberikan anda idea dan inspirasi bagi membina rumah kontena sendiri.

Fairuz









sumber // dwell.com

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages