Kini Trending

konsep Mid-Century Retro Gaya Industri


Hari ini aku nak perkenalkan lagi satu cabang dalam hiasan industri ini iaitu Mid-Century Retro yang lebih banyak menggunakan barangan lama yang dibaikpulih dan digabungkan dengan hiasan indusri yang lebih bersifat raw dan minimalis.

Industri atau Mid- Century Retro merupakan satu aliran budaya yang kerap berlaku hari ini secara langsung dengan "gaya hidup" rakyat Malaysia. Bagi anda yang meminati dan ingin mencuba konsep 'industri' dan 'raw' ia biasanya ditonjolkan dalam suasana yang sunyi , penggunaan warna putih semulajadi, warna coklat yang pudar atau beiges, warna kelabu yang bercorak larik atau warna besi, warna hitam asas, dan merah/oren bata merupakan unsur-unsur elemen yang boleh diterapkan pada kemasan pintu kabinet melalui bahan lamina atau penggunaan bahan industri yang sebenar. - sumber : Impiana

Untuk aku yang sangat sayangkan barangan lama dan juga alam sekitar, konsep ini sangatlah bagus kalau lebih ramai yang mula berminat dengannya. Dari barangan yang nampak seperti tiada kegunaan lagi dah, diberi nafas baru dan pelbagai kegunaan lain lagi akan timbul.

Korang tengoklah contoh - contoh yang ada yea, mungkin boleh jadi inspirasi untuk tidak membuang barangan lama yang selalu kita jumpa di rumah orang tua dan tukarkannya menjadi satu dekorasi baru yang lebih cantik.

- Fairuz








sumber

home-designing.com
epm3.net
decoist.com
estmagazine.com.au
jnafau.com
decoist.com
delightfull.eu
workspaces.me
sunheritage.com

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages