Kini Trending

hiasan dalaman gaya industri




sejarah asalnya hiasan dalaman gaya industri bukanlah satu trend hiasan dalaman.

ianya sebenarnya satu usaha untuk menjimatkan kos dimana pemasangan dibuat secara "exposed" dimana servis mekanikal & elektrikal tidak perlu ditanam atau "concealed" untuk sesebuah kilang, warehouse ataupun kedai yang menjual pelbagai peralatan pertukangan. 

namun semakin lama, ianya mula dilihat sebagai sebuah seni, pada tahun 80'an di barat, sudah banyak rumah mula menjadikan hiasan ini sebagai hiasan dalaman mereka. contohnya dinding yang tidak di-plaster atau di-skim, malahan juga tidak dicat, ada juga menggunakan batu merah sahaja sebagai hiasan terus.

dibahagian siling pula atau "soffit slab" pula, pemasangan dibiarkan "exposed" untuk saluran @ conduit supaya nampak lebih artistik, bahagian dinding yang kosong itu bukan diletakkan wallpaper, tapi dihiaskan dengan pelbagai saluran @ conduit dan menampakkan wayar beselirat bagi memberikan sentuhan menarik disitu.

hiasan tambahan adalah lebih menarik bila digabungkan dengan barangan lama yang dikategorikan sebagai salvage dan mungkin sedikit barangan kitar semula. 

dengan hiasan sebegini, korang tidak perlu menghabiskan wang yang banyak semata - mata untuk mencantikkannya, malah boleh sahaja dihiaskannya terus dan ianya tetap nampak cantik.

di Malaysia trend-nya semakin menular dimana korang boleh lihat kebanyakkan pengusaha cafe dan butik pakaian sudah mula memilih hiasan moden industri sebegini

lihat beberapa contoh hiasan dalaman gaya industri ini mengikut ruang seperti bilik tidur, ruang tamu, ruang membaca, bilik air, ruang makan dan dapur.

- Fairuz

sumber

l309421617.blogspot.com
home-designing.com
votedarby.org

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages